Home Semasa Singapura, Vietnam kesan jangkitan pertama virus Coronavirus

Singapura, Vietnam kesan jangkitan pertama virus Coronavirus

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 24 Jan – Singapura dan Vietnam telah mengesan kes jangkitan pertama virus novel Coronavirus (2019-nCoV) yang dihidapi oleh pelancong China.

Kementerian Kesihatan Singapura mengesahkan jangkitan novel Coronavirus (2019-nCoV) dikesan pada seorang pelancong berusia 66 tahun. Pelancong yang berasal dari Wuhan tiba di negara itu pada 20 Januari lalu bersama 9 lagi pelancong dan tinggal di Resort Shangri-La Rasa Sentosa.

“Kesemua bilik hotel yang didiami oleh pesakit serta rakannya telah dibersihkan dan dikuarantin,” jelas Kementerian Kesihatan Singapura.

Sehingga kini, Singapura mencatatkan 28 kes pesakit disyaki menghidap virus nCoV2019 dan 7 daripadanya disahkan negatif.

Sementara itu, Vietnam mengesahkan 2 pelancong dari China disahkan positif virus 2019-nCoV.

“Kedua-dua pesakit disahkan positif menghidapi coronavirus di Hospital Cho Ray, Ho Chi Minh. Kedua-dua pesakit telah dikuarantin,” jelas Kementerian Kesihatan Vietnam.

 

 

Related Articles

Leave a Reply