Home Semasa Mangsa terjun Jambatan Pulau Pinang ditemui pasukan penyelamat

Mangsa terjun Jambatan Pulau Pinang ditemui pasukan penyelamat

by Air Times News Network

GEORGETOWN, 5 Nov – Mayat lelaki yang bertindak terjun dari atas Jambatan Pulau Pinang pada malam Sabtu ditemui pagi semalam berhampiran Jeti Resort Pulau Jerejak.

Mangsa yang dikenali sebagai Cheah Chee Chang, 31 ditemui oleh pasukan penyelamat pada jam 10.50 pagi semalam.

Menurut Pengarah Maritim Negeri, Ibu Pejabat Maritim Negeri Pulau Pinang, Kapten Maritim Hamizan Harun berkata mangsa kemudiannya di bawa ke Jeti PPM Batu Uban.

“Mayat mangsa seterusnya diserahkan kepada PDRM dan dirujuk ke Hospital Pulau Pinang bagi bedah siasat,

“Operasi Carilamat (SAR) mencari seorang lelaki tempatan yang terjun dari Jambatan Pulau Pinang dikoordinasi oleh MRSC Langkawi,

“Antara agensi yang terlibat ialah Maritim Malaysia, Pasukan Polis Marin, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Angkatan Pertahanan Malaysia,”  tambah Hamizan lagi.

Related Articles

Leave a Reply