Home Politik Gesa pemimpin DAP disiplinkan ahli – Maszlee Malik

Gesa pemimpin DAP disiplinkan ahli – Maszlee Malik

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 23 Okt – Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik menegaskan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak pernah memberi kelulusan kepada komik yang didakwa mengandungi unsur propaganda politik iaitu ‘Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama’ untuk diedarkan ke institusi pendidikan di seluruh negara.

“KPM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba mempergunakan sekolah sebagai alat propaganda murahan dan sekolah yang telah menerima komik tersebut diarahkan untuk tidak disebarluaskan,

“Saya juga menggesa pimpinan DAP untuk mendisiplinkan ahli mereka agar menghormati keputusan kerajaan dan patuh terhadap perlembagaan dan undang-undang negara kerana dua perkara ini lah yang membina negara kita,” jelas beliau dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di akaun media sosial rasminya.

Maszlee berkata KPM akan memberi tindakan tegas kepada individu yang bertanggungjawab membenarkan komik tersebut diedarkan di sekolah.

Komik itu adalah hasil kerjasama antara artis komik tempatan, Chin Po Ling serta Kurator Dr Hew Kuan Yau dan ianya diterbitkan oleh Muzium Kebudayaan Komik Asia di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) pada April 2019.

Related Articles

Leave a Reply