Home Politik LTTE: Jangan campur tangan tugas PDRM – Bekas Pembantu Teresa Kok

LTTE: Jangan campur tangan tugas PDRM – Bekas Pembantu Teresa Kok

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 15 Okt – Bekas pembantu peribadi Menteri Industri Utama Teresa Kok, Tony Tan Chee Chong menegaskan agar pihak tertentu tidak mempersoalkan integriti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam melaksanakan operasi penangkapan suspek kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) baru-baru ini.

“Saya percaya PDRM bertindak secara profesional dan mengikut lunas undang-undang,

“PDRM sudah tentu mempunyai bukti dan sudah tentu mereka tidak akan menangkap sesiapa sahaja tanpa sebarang bukti,” kata Tony semasa mengulas penangkapan ADUN Gadek dan ADUN Seremban Jaya.

Tony merupakan Ketua Biro Pemantauan Salah Guna Kuasa dan Hal Ehwal Kaum Cina Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin turut menyifatkan tindakan pihak yang cuba menganggu tugas PDRM adalah satu sikap yang tidak bertanggungjawab dan menyalahi undang-undang.

“Biar polis buat siasatan, tak perlu campur tangan,” ujar bekas ahli DAP itu semasa sidang media di Batu Caves yang dianjurkan oleh Persatuan Saudara Islam KL dan Selangor.

Pada masa yang sama, beliau turut mendakwa rakyat sudah mengetahui penipuan parti itu.

“Rakyat sudah tahu dan kami sedia untuk lawan DAP,” ujar Tony.

 

Related Articles

Leave a Reply