Home Semasa LTTE: DAP patut dibubarkan kerana langgar Akta Tubuh Parti 1966 – Ramesh Rao

LTTE: DAP patut dibubarkan kerana langgar Akta Tubuh Parti 1966 – Ramesh Rao

by Air Times News Network

BATU CAVES, 15 Okt – Tiga Badan Bukan Kerajaan (NGO) mengesa Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk membubarkan parti Democratic Action Party (DAP) berikutan dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta ahli parlimen yang terlibat dalam Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin, Datuk Ramesh Rao merayu kepada Tun Mahathir agar membubarkan serta merta parti DAP dan melucutkan jawatan ADUN serta ahli parlimen DAP dengan segera.

Sekiranya masih tiada sebarang keputusan, kami akan membawa memorandum kepada YDPA untuk membubarkan parti DAP yang melanggar undang-undang negara -Datuk Ramesh Rao – Foto Air Times

“Sekiranya dalam seminggu masih tiada sebarang keputusan, kami akan membawa satu memorandum kepada Yang di- Pertuan Agong untuk membubarkan parti DAP yang telah mempertikaikan dan melanggar undang – undang negara,” jelasnya lagi.

Ramesh turut menyeru agar Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Dalam Negeri agar merujuk perkara ini mengikut Akta Tubuh Parti 1966 dibawah Seksyen 13 dimana sesebuah parti itu perlulah dibubarkan dengan serta merta jika terlibat dalam aktiviti pengganas.

“Kami mendesak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk siasat kesemua kepimpinan tertinggi DAP kerana setiap aktiviti yang dilakukan oleh ahli DAP perlu mendapat persetujuan mereka,

“Kenyataan yang dikeluarkan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, P. Ramasamy membuktikan ia adalah persetujuan dan kebenaran daripada pucuk pimpinan tertinggi DAP iaitu Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng. Ini bererti, mereka semua turut terbabit dalam menyokong aktiviti pengganas ini,” ujarnya ketika sidang media di Batu Caves yang dianjurkan oleh Persatuan Saudara Islam KL dan Selangor.

Timbalan Pengerusi Persatuan Saudara Islam KL dan Selangor, Datuk Seri Said Nazar Abu Baker ketika sidang media di Batu Caves – Foto Air Times

Manakala Timbalan Pengerusi Persatuan Saudara Islam Kuala Lumpur dan Selangor, Datuk Seri Said Nazar Abu Baker berkata ekoran gambar yang tular di media sosial telah menunjukkan penglibatan Menteri Sumber Manusia yang juga merupakan Naib Pengerusi DAP, M Kulasegaran dan P. Ramasamy terlibat dalam LTTE.

“Kami mengesa pihak PDRM untuk siasat mereka berdua sehingga kelubang cacing kerana ini adalah tanah Malaysia. Kalau mahu menubuhkan LTTE, sila ke tempat lain samada di Sri Lanka atau negara lain” tegas Said Nazar.

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?