Home Semasa APMM guna pesawat Bombardier bantu padam kebakaran

APMM guna pesawat Bombardier bantu padam kebakaran

by Bernama

KUCHING, 18 Sept – Pesawat Bombardier CL- 415 milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) tiba di Sri Aman bagi membantu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam operasi memadam kebakaran tanah gambut.

Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Robert Teh Geok Chuan berkata, pesawat Bombardier CL- 415 bersama kru berlepas dari Miri pada kira-kira 9.15 pagi tadi.

“Operasi pemadaman kebakaran akan dilakukan sebaik sahaja selesai taklimat operasi yang akan diadakan di Unit Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kuching bersama JBPM.

“Kami dimaklumkan keluasan kawasan kebakaran adalah 202 hektar namun setakat ini, hanya 51 hektar kawasan kebakaran yang berjaya dipadamkan,” katanya yang juga Komander Operasi dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, operasi pemadaman akan dilaksanakan sehingga keseluruhan kawasan kebakaran berjaya dipadamkan.

Orang awam dinasihatkan untuk tidak memburukkan lagi keadaan dengan membuat pembakaran terbuka.- Bernama

Related Articles

Leave a Reply