Home Semasa 30 Julai cuti am tambahan sempena Hari Pertabalan Agong

30 Julai cuti am tambahan sempena Hari Pertabalan Agong

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 28 Jun – Ketua Setiausaha Negara (KSN) Datuk Seri Dr Ismail Bakar berkata kerajaan telah memutuskan 30 Julai ini sebagai hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negara sempena Hari Pertabalan Yang di-Pertuan Agong XVI, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Pengisytiharan hari kelepasan am tambahan ini dibuat berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369) bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Manakala bagi Sabah dan Sarawak, tindakan akan diambil oleh kerajaan negeri masing-masing mengikut undang-undang negeri, katanya.

 

Related Articles

Leave a Reply