Al-Sultan Abdullah seterusnya berkenan menunaikan solat jenazah yang diimamkan Mufti Pahang Datuk Seri Abdul Rahman Osman dan sekali lagi dilihat mengesat air mata sebaik sahaja solat selesai.

Baginda seterusnya memeluk dan dilihat menenangkan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang sebelum itu memberi ruang kepada Al-Sultan Abdullah untuk memberi penghormatan terahir kepada almarhum. Bernama