Home Semasa Hamid Bador dilantik pemangku Timbalan Ketua Polis Negara

Hamid Bador dilantik pemangku Timbalan Ketua Polis Negara

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 15 Mac – Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Seri Abdul Hamid Bador dilantik pemangku Timbalan Ketua Polis Negara berkuat kuasa hari ini

Abdul Hamid memangku jawatan tersebut berikutan Tan Sri Noor Rashid Ibrahim yang akan bersara pada 17 Mac (Ahad) ini.

Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Mohamad Fuzi Harun menyaksikan majlis serah terima tugas jawatan Timbalan Ketua Polis Negara dan Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia di Dewan Tan Sri Khalid Abu Bakar, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur hari ini.

“Saya yakin Abdul Hamid akan memegang jawatan dengan amanah dan cemerlang, sekaligus memacu PDRM mengharungi apa jua cabaran yang akan mendatang”, kata KPN semasa ucapan pada majlis itu.

Dalam pada itu, majlis tersebut turut menyaksikan penyerahan dokumen Naib Pengerusi PERKEP antara Puan Sri Shahriza Saad@Mansor kepada Datin Seri Nor Azrin Marzuki.

Related Articles

Leave a Reply