PASIR GUDANG, 13 Mac – Kerajaan Negeri Johor bertindak mengarahkan penutupan 13 buah sekolah di sekitar Pasir Gudang mulai hari ini.
Perkara tersebut dinyatakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Negeri Johor, Dr Sharuddin Jamal dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau semalam.
Antara sekolah yang diarahkan tutup ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Pasir Putih, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pasir Putih, SK Pasir Putih, SK Tanjung Puteri Resort, SMK Tanjung Puteri Resort, SK Kota Masai 2, SMK Kota Masai 2, SK Kota Masai 3, SMK Kota Masai, SK Kota Masai, Sekolah Agama Kampung Pasir Putih dan Sekolah Agama Taman Pasir Putih.
Sebelum ini, Kementerian Pendidikan Malaysia menyatakan SK Taman Pasir Putih dan SMK Taman Pasir Putih telah ditutup untuk selama 3 hari semenjak 7 Mac.