Home Pertahanan dan Keselamatan Yang di-Pertuan Agong terima anugerah Sayap Penerbangan Kehormat TUDM

Yang di-Pertuan Agong terima anugerah Sayap Penerbangan Kehormat TUDM

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 13 Mac – Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan untuk menerima anugerah Sayap Penerbangan Kehormat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Istana Negara, semalam.

Baginda menerima sayap tersebut ketika menerima menghadap Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Affendi Buang TUDM. Selain menerima anugerah Sayap Penerbangan, Baginda turut menerima, Persembahan Sayap Penerbangan Kehormat dan Persembahan Cendera Kenangan Menghadap.

Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Udara, Leftenan Jeneral Dato’ Sri Ackbal Abdul Samad TUDM; Panglima Operasi Udara, Leftenan Jeneral Dato’ Sri Abdul Mutalib Datuk Ab Wahab TUDM; Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Leftenan Jeneral Dato’ Mohd Asghar Khan Goriman Khan TUDM; Asisten Ketua Staf (AKS) Tadbir, Brigadier Jeneral Dato’ Ahmad Abd Rahman TUDM dan pegawai-pegawai kanan TUDM yang terlibat.

Tuanku Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah dimasyhurkan sebagai Sultan Pahang Ke-6 pada 15 Januari 2019. Baginda kemudiannya dimasyhurkan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-16 pada 31 Januari lalu.

Related Articles

Leave a Reply