Home Semasa Mana ada makhamah arah tangguh penguatkuasaan merokok – Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

Mana ada makhamah arah tangguh penguatkuasaan merokok – Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 2 Feb – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini menafikan dakwaan yang menyatakan aktiviti penguatkuasaan larangan merokok di tempat makan ditangguhkan. Perkara tersebut disampaikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini.

Beliau merujuk kepada dakwaan aktiviti penguatkuasaan larangan merokok di tempat makan ditangguhkan atas arahan mahkamah. Mesej tersebut telah tular di media sosial, semalam.

“KKM ingin menegaskan bahawa sehingga kini tiada sebarang arahan daripada mahkamah bagi memberhentikan atau menangguhkan aktiviti penguatkuasaan larangan merokok di tempat makan,” kata Hisham dalam kenyataan beliau.

Pada masa yang sama, beliau menyeru agar setiap lapisan masyarakat untuk menerima pelaksanaan larangan merokok ini sebagai satu langkah yang positif bagi meningkatkan tahap kesihatan seluruh rakyat Malaysia.

“Pelaksanaan ini juga dapat membudayakan amalan tidak merokok terutama di kalangan kanak-kanak dan remaja, selaras dengan hasrat Kerajaan bagi mencapai sebuah negara yang bebas daripada sebarang bentuk amalan merokok,

“Justeru itu, adalah diingatkan kepada semua pihak agar terus mematuhi Peraturan ini dan KKM akan terus menjalankan aktiviti penguatkuasaan pendidikan sehingga Jun 2019,” tegas Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia.

Beliau menambah, penguatkuasaan larangan merekok di tempat makan akan dilaksanakan sepenuhnya pada Julai 2019.

Selain itu, pelaksanaan larangan ini adalah selaras dengan komitmen Malaysia kepada Artikel 8, WHO Framework Convention on Tobacco Control (FCTC).

Artikel tersebut adalah menyentuh perihal melindungi orang awam terutama golongan bukan perokok daripada terdedah kepada bahaya asap produk tembakau dan rokok.

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply