Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the disabled-source-disabled-right-click-and-content-protection domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
USIM, UPNM jalin kerjasama dalam bidang penulisan dan penerbitan buku – Air Times News Network
Home Semasa USIM, UPNM jalin kerjasama dalam bidang penulisan dan penerbitan buku

USIM, UPNM jalin kerjasama dalam bidang penulisan dan penerbitan buku

by Air Times News Network

NILAI, 31 Jan – Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) hari ini menandatangani memorandum perjanjian (MoA) dengan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) untuk bekerjasama dalam bidang penulisan dan penerbitan buku.

Menurut laporan Bernama, USIM diwakili oleh Naib Canselornya Prof. Datuk Dr. Musa Ahmad, manakala UPNM diwakili Naib Canselornya Lt. Jen. Datuk Abdul Halim Jalal.

Musa berkata menerusi MoA itu, kedua-dua pihak bersetuju menerbitkan buku separa akademik hasil kerjasama yang terjalin.

“Kerjasama ini dibina bagi menyahut aspirasi USIM dalam memperkasakan hubungan kerjasama dengan universiti lain dalam negara. Berlandaskan visi menerajui penerbitan terbilang di peringkat nasional dan global bagi memartabatkan integrasi ilmu Naqli dan Agli, majlis hari ini adalah hasil daripada beberapa siri perbincangan oleh penerbit kedua pihak berkepentingan.

“Antara agenda kerjasama yang direncana adalah aktiviti promosi dan pemasaran buku serta penyediaan program bimbingan dan latihan kepada kumpulan penulis USIM dan UPNM dalam bidang penulisan. Ia juga sebagai satu galakan kepada penulis supaya mampu menghasilkan penulisan buku-buku yang bermutu untuk bacaan umum,” katanya.

Katanya MoA ini akan menjadi batu loncatan kepada anggota akademik yang lain untuk terus bekerjasama dalam penulisan dan penerbitan, bukan sahaja bahan ilmiah, tetapi separa ilmiah untuk manfaat masyarakat.

 

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?