Home SemasaGlobal Menteri Pertahanan Greece letak jawatan

Menteri Pertahanan Greece letak jawatan

by Air Times News Network

ATHENS, 14 Jan – Panos Kammenos mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Pertahanan Greece semalam.

Keputusan itu dibuat menjelang undian parlimen yang dilaksanakan untuk menamatkan pertikaian 27 tahun antara negara-negara Eropah di tenggara Greece dan Republik Macedonia berkenaan penggunaan nama Macedonia.

Kammenos yang mengetuai pakatan bersama Perdana Menteri, Alexis Tsipras mengesahkan keputusan tersebut dalam kenyataan rasmi.

“Isu Macedonia tidak menghalang untuk saya mengorbankan jawatan yang saya pegang pada masa ini.

“Saya berterima kasih kepada Perdana Menteri atas kerjasama yang diberikan dan saya telah menerangkan kepada beliau bahawa kita tidak boleh teruskan isu nasional ini,” katanya.- AFP

Related Articles

Leave a Reply