Home Semasa Malaysia isytihar zon larangan terbang ruang udara Pasir Gudang

Malaysia isytihar zon larangan terbang ruang udara Pasir Gudang

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 2 Jan – Malaysia telah mengisytiharkan pewujudan Kawasan Larangan kekal di ruang udara Pasir Gudang berkuatkuasa hari ini.

Pewujudan tersebut dibuat melalui Notis Kepada Juruterbang (NOTAM) pada 25 Disember lalu yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia.

Melalui notis tersebut, Malaysia telah memaklumkan kepada pihak berkaitan penerbangan mengenai pewujudan Kawasan Larangan kekal untuk tujuan aktiviti ketenteraan meliputi ruang udara Pasir Gudang.

Kawasan larangan kekal berdasarkan NOTAM yang dikeluarkan pada 25 Disember 2018.

NOTAM yang dikeluarkan merangkumi sebahagian ruang udara Pasir Gudang.

Related Articles

Leave a Reply