Home Semasa BSN bantu selesaikan baki pembiayaan kereta arwah Muhammad Adib

BSN bantu selesaikan baki pembiayaan kereta arwah Muhammad Adib

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 22 Dis – Bank Simpanan Nasional (BSN) mengumumkan akan membantu menyelesaikan baki pembiayaan kereta milik anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim.

Memetik laporan Bernama, BSN dalam satu kenyataan semalam, memaklumkan atas dasar tanggungjawab sosial korporat, institusi kewangan itu mahu membantu meringankan beban keluarga anggota bomba itu.

“Allahyarham baru sahaja membeli kereta dengan pembiayaan BSN. Kereta itu disimpan di kampungnya untuk kegunaan selepas berkahwin,” menurut kenyataan itu.

Muhammad Adib, 24, yang bertugas sebagai anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya disahkan meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada Isnin lepas selepas dipukul dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya, Selangor pada 27 November lalu.

Jenazah Muhammad Adib dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kariah Masjid As-Saadah di Kampung Tebengau, Kuala Kedah kira-kira pukul 1.45 tengah hari Selasa lepas.

Related Articles

Leave a Reply