Home SemasaGlobal Amerika Syarikat mempunyai ketenteraan paling kuat di dunia

Amerika Syarikat mempunyai ketenteraan paling kuat di dunia

by Air Times News Network

WASHINGTON, 21 Dis – Skor indeks kuasa untuk menilai kekuatan ketenteraan sesebuah negara mendapati Amerika Syarikat sekali lagi berada di tangga teratas dengan mengatasi 136 negara lain dalam senarai itu.

Menurut laporan Portal Newsweek, indeks itu turut mendedahkan, Amerika Syarikat yang mempunyai populasi 326 juta penduduk itu mempunyai kekuatan lebih 2 juta tentera, 1,962 pesawat pejuang dan 5,884 kereta kebal dengan peruntukan pertahanan tahunan sebanyak AS647 bilion (RM2,701 trilion).

Senarai itu diikuti rapat oleh Rusia di tempat kedua, China (ketiga), India (keempat) dan Perancis (kelima).

Sementara itu, Malaysia pula berada di tangga ke-44, Indonesia (tangga ke-15) dan Singapura (tangga ke-67).

Bhutan pula dikategorikan sebagai negara yang mempunyai kekuatan ketenteraan yang paling lemah di dunia, diikuti, Liberia dan Suriname.

Related Articles

Leave a Reply