1.6K
JAKARTA, 29 Okt – Sebuah pesawat Lion Air dilaporkan terputus hubungan selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di sini pada 6.20 pagi ini.
Pesawat JT610, penerbangan ke Pangkalpinang di Pulau Bangka Belitung, Indonesia, itu dilaporkan terputus hubungan selepas 10 minit berlepas.
Jurucakap Lion Air, Danang Mandala Prihantoro yang dipetik media Indonesia berkata pesawat itu dilaporkan hilang di perairan laut Kepulauan Seribu, Jakarta Utara.
Pesawat yang belum dipastikan jumlah penumpangnya itu sepatutnya tiba di Lapangan Terbang Pangkalpinang jam 7.10 pagi waktu Indonesia barat. – BERNAMA