Home Semasa Tempoh perkhidmatan PM dihadkan dua penggal

Tempoh perkhidmatan PM dihadkan dua penggal

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 18 Okt – Tempoh perkhidmatan jawatan Perdana Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri akan dihadkan kepada dua penggal sebagai langkah segera yang dilaksanakan bagi mereformasikan sistem politik, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir ketika membentangkan usul mengenai Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11) 2016-2020: Keutamaan dan Penekanan Baharu berkata selain itu, Perdana Menteri juga tidak dibenarkan untuk memegang porfolio lain.

Langkah tersebut merupakan sebahagian daripada keutamaan dan penekanan baharu dalam mereformasi tadbir urus ke arah meningkatkan ketelusan dan kecekapan perkhidmatan awam.

Dr Mahathir berkata peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya juga diasingkan supaya diurus oleh dua individu yang berlainan untuk mempertingkatkan mekanisme semak dan imbang pada semua peringkat.

Bagi menambah baik sistem pilihan raya pula, Perdana Menteri berkata had umur mengundi akan diturunkan kepada 18 tahun dan undang-undang berkaitan pembiayaan politik akan diperkenalkan. – BERNAMA

Related Articles

Leave a Reply