Beliau berkata, harga produk tembakau termasuk rokok perlu dinaikkan apabila terdapat kenaikan cukai berdasarkan Peraturan 8A Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.

“Pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) baru-baru ini akan menyebabkan harga bagi semua jenis produk tembakau termasuk rokok kena dinaikkan,” katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Mengenai larangan merokok di bangunan Parlimen, Dzulkefly berkata, lapan notis kompaun telah dikeluarkan termasuk kepada seorang Anggota Parlimen sejak dikuatkuasakan semalam.

Tindakan itu diambil susulan pengisytiharan sudut merokok dan tempat makan di dalam bangunan Parlimen sebagai kawasan larangan merokok bermula semalam. – Bernama