if ( function_exists( 'wp_body_open' ) ) { wp_body_open(); } else { do_action( 'wp_body_open' ); } ?>
Home SemasaGlobal Kapal perang AS terus cabar China di Kepulauan Spratly

Kapal perang AS terus cabar China di Kepulauan Spratly

by Air Times News Network

WASHINGTON, 1 Okt – Kapal pemusnah Tentera Laut Amerika Syarikat berlayar menghampiri kepulauan yang dituntut China di Laut China Selatan semalam, tindakan yang bakal membangkitkan kemarahan Beijing ketika hubungan kedua-dua negara semakin tegang.

Beijing dan Washington terperangkap dalam perang perdagangan yang menyaksikan dua negara itu mengenakan tarif tinggi ke atas bahan import kedua-dua pihak.

Pegawai AS, yang enggan dikenali, berkata kapal pemusnah Decatur berlayar pada jarak 12 batu nautika dari Terumbu Karang Gaven dan Johnson di Kepulauan Spratly.

Operasi itu adalah cubaan terbaru untuk menangani apa yang dilihat Washington sebagai usaha Beijing untuk mengehadkan kebebasan belayar di perairan strategik itu.

Tuntutan China ke atas Laut China Selatan, yang dilalui kapal dagang membawa barangan bernilai AS$5 trilion (RM20 trilion) setiap tahun, turut dicabar Brunei, Malaysia, Filipina, Taiwan dan Vietnam.

“Kami melakukan operasi kebebasan belayar rutin dan biasa, seperti dilakukan pada masa lalu dan akan terus melakukannya pada masa depan,” katanya.

Perbalahan antara dua kuasa ekonomi dunia itu kini berlarutan melebihi soal perdagangan, dengan Presiden Donald Trump menuduh Beijing cuba campur tangan dalam pilihan raya Kongres, menandakan fasa baru kempen Washington untuk menekan China. — Reuters

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?