Home Semasa Jika ahli DAP pakai uniform serupa ATM, pasti lebih teruk dikecam – Mohamad Sabu

Jika ahli DAP pakai uniform serupa ATM, pasti lebih teruk dikecam – Mohamad Sabu

by Air Times News Network

SHAH ALAM, 20 Sept – Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu memberi gambaran sekiranya ahli DAP yang memakai pakaian seragam menyerupai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) seperti yang digayakan Jabatan Amal PAS pastinya lebih teruk dikecam.

Memetik laporan Sinar Harian, Mohamad mengulas berkenaan tindakan lanjut Kementerian Pertahanan terhadap perbuatan itu, beliau menyatakan isu Jabatan Amal PAS ini akan dibawa ke mesyuarat yang lebih tinggi untuk mencari mekanisme terbaik.

“Kita akan bincang dan bawa ke mesyuarat yang lebih tinggi supaya satu formula dapat ditentukan berkaitan tindakan Jabatan Amal ini.

“Kalau DAP yang pakai uniform sebegitu, tentulah akan dipertikaikan,” katanya.

Ketika perasmian Muktamar Tahunan PAS ke-64 yang berlangsung di Terengganu minggu lalu, Jabatan Amal PAS mengenakan pakaian seragam tentera Malaysia nombor satu mendapat respons negatif daripada Persatuan Patriot Kebangsaan (PATRIOT) yang menggesa Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana memakai pakaian seragam tentera.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pakaian menyerupai seragam tentera Malaysia nombor satu adalah perkara biasa dan tidak melanggar undang-undang.

Takiyuddin turut menjelaskan pakaian tersebut adalah salah satu daripada tujuh pakaian Jabatan Amal.

Related Articles

Leave a Reply