Home SemasaGlobal Kehadiran Kapal selam Jepun di Laut China Selatan

Kehadiran Kapal selam Jepun di Laut China Selatan

by Noor Sheila Amin

TOKYO, 18 Sep – Buat pertama kalinya kapal selam Jepun menyertai latihan ketenteraan di Laut China Selatan, dalam meningkatkan aktiviti Jepun di perairan yang menjadi pertikaian yang dituntut China dan negara lain termasuk Malaysia.

Jurucakap Kementerian Pertahanan Jepun memaklumkan, Kapal selam dari Maritime Self Defence Force (Kuroshio) mengetuai  latihan ketenteraan ini pada hari Khamis bersama kapal perang Jepun lain di Laut China Selatan, termasuk kapal pengangkut helikopter Kaga, yang dalam lawatan dua bulan di Asia Tenggara dan Lautan Hindi.

Beliau berkata ia adalah kali pertama kapal selam Jepun telah menjalankan latihan di sana, seperti yang dilaporkan dalam akhbar Asahi sebelum ini.

Antara latihan yang akan dilaksankan termasuklah bagaimana untuk mengelak kapal selam dari di kesan yang akan dilaksanakan jauh dari pangkalan pulau yang dibina oleh China bagi menolak tuntutannya di laut strategik.

Dalam satu pengumuman yang berasingan, kementerian pertahanan berkata, Kuroshio, dengan 80 kru kapal, akan membuat lawatan pelabuhan lima hari ke pangkalan tentera laut strategik Vietnam di Cam Ranh Bay mulai Isnin.

Namun, Kementrian pertahanan Jepun tidak memberikan banyak maklumat lanjut mengenai latihan ketenteraan ini dengan tepat.

Terdahulu akhbar Jepun, Asahi  mengatakan Kuroshio akan menyertai tiga lagi kapal perang Jepun yang terletak di sebelah barat daya Scarborough Shoal, sebuah wilayah yang dituntut oleh Filipina.

Menurut Jurucakap kementerian luar negeri China, Geng Shuang meminta Tokyo supaya “menghormati usaha yang dilakukan oleh negara-negara serantau untuk menyelesaikan isu Laut China Selatan melalui perbincangan”.

“Bertindak berhati-hati dan jangan ambil tindakan yang boleh merosakkan keamanan dan kestabilan di rantau ini,” katanya.

Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe dijangka melawat Beijing bulan depan untuk menandakan ulang tahun ke-40 untuk menandatangani perjanjian persahabatan antara dua negara yang dahulunya pernah bermusuhan.

 

Related Articles

Leave a Reply