Home Semasa Adun Balakong maut

Adun Balakong maut

by Noor Sheila Amin

KUALA LUMPUR, 20 Jul – Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Balakong Ng Tien Chee maut dalam kemalangan jalanraya di KM11.7 Lebuhraya Grand Saga, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 12.30 pagi itu, Ng, 40, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ahmad Dzaffir Mohd Yussof yang mengesahkan insiden itu, berkata ketika kejadian Ng dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur ke Kajang.

Kemalangan dipercayai berpunca apabila kenderaan jenis Nissan x-Trail yang dipandu mangsa melanggar belakang sebuah lori.

“Akibat pelanggaran itu, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Ahmad Dzaffir berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

Related Articles

Leave a Reply