Home SemasaPerancis Juara Piala Dunia kali kedua

Perancis Juara Piala Dunia kali kedua

by Air Times News Network
A+A-
Reset

MOSCOW, 16 Jul – Perancis menjuarai Piala Dunia buat kali kedua selepas menundukkan Croatia 4-2 dalam perlawanan akhir yang mendebarkan di Stadium Luzhniki, malam tadi.

Keputusan itu turut menyaksikan Perancis menamatkan impian Croatia untuk menjulang trofi Piala Dunia buat julung-julung kalinya.

Perancis mendahului 1-0 pada babak pertama hasil jaringan sendiri Mario Mandzukic sebelum Ivan Perisic menyamakan kedudukan buat Croatia yang mara buat kali pertama ke final.

Antoine Griezmann bagaimanapun kembali meletakkan Perancis di depan apabila menyudahkan sepakan penalti yang diberikan selepas pengadil melihat semula insiden di dalam kotak penalti menerusi video bantuan pengadil (VAR).

Jaringan pantas Paul Pogba dan Kylian Mbappe pada pertengahan babak kedua seakan sudah meletakkan kejuaraan bersama Perancis.

Namun, Mandzukic mengembalikan aksi yang mendebarkan dalam tempoh 20 minit terakhir apabila merapatkan kedudukan selepas meledak gol kedua hasil kesilapan yang dilakukan penjaga gol Perancis, Hugo Lloris.

Perancis bagaimanapun berjaya mengekang asakan bertali arus Croatia hingga tamat permainan untuk menjulang trofi buat kali kedua selepas kejayaan mereka di tempat sendiri, 20 tahun yang lalu.

Senarai penerima anugerah FIFA Piala Dunia 2018

Berikut adalah anugerah Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), sempena Piala Dunia 2018

Pemain Terbaik:

Bola Emas – Luka Modric (Croatia)

Bola Perak – Eden Hazard (Belgium)

Bola Gangsa – Antoine Griezmann (Perancis)

Penjaring Terbanyak:

Kasut Emas – Harry Kane (England), 6 gol

Kasut Perak – Antoine Griezmann (Perancis), 4 gol

Kasut Gangsa – Romelu Lukaku (Belgium), 4 gol

  • Griezmann diumumkan penerima Kasut Perak berdasarkan jumlah bantuan gol

Penjaga Gol Terbaik:

Sarung Tangan Emas – Thibaut Courtois (Belgium)

Pemain Muda Terbaik FIFA – Kylian Mbappe (Perancis)

Anugerah Fair Play – Sepanyol

Pemain Terbaik Final – Antoine Griezmann (Perancis)

Related Articles

Leave a Reply