Home Semasa Najib pulang rumah selepas selesai pertuduhan

Najib pulang rumah selepas selesai pertuduhan

by Noor Sheila Amin

KUALA LUMPUR, 4 Jul – Kenderaan dinaiki bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilihat memasuki kediamannya di Jalan Langgak Duta, pada jam 3.30 petang tadi.

Najib yang dipercayai menaiki kenderaan jenis Toyota Vellfire diiringi sebuah motosikal polis pengiring.

Kenderaan yang dipercayai membawa bekas Pedana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bergerak keluar dari ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan iringan kenderaan Polis untuk ke Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.

Kenderaan yang dipercayai membawa bekas Pedana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mula bergerak keluar dari ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan iringan kenderaan Polis untuk ke Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.

Turut kelihatan sebuah kereta jenis BMW yang difahamkan digunakan anak-anaknya dan tiga buah lagi kenderaan lain.

Terdahulu, Najib meninggalkan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur selepas diikat jamin atas empat pertuduhan pecah amanah dan salah guna kuasa.

Related Articles

Leave a Reply