Home Semasa “Peguam Negara boleh tarik diri jika perlu”

“Peguam Negara boleh tarik diri jika perlu”

by M.Daim

PUTRAJAYA,  12 Jun – Peguam Negara (AG) Tommy Thomas memberi jaminan bahawa beliau akan menarik diri daripada kes yang melibatkan pihak-pihak yang dikenalinya bagi mengelak sebarang percanggahan kepentingan, kata Majlis Peguam Malaysia.

Presiden Majlis Peguam Malaysia George Varughese berkata sekiranya keadaan sedemikian berlaku, Peguamcara Negara akan tampil menjalankan tugas sebagai Peguam Negara seperti yang dibenarkan undang-undang.

“AG memberi jaminan kepada kami bahawa apabila ia melibatkan orang yang mungkin beliau  kenali ketika menjadi pengamal undang-undang sektor swasta, dan sekiranya wujud percanggahan kepentingan, beliau akan segera menarik diri daripada isu yang melibatkan orang berkenaan,” katanya pada sidang berita selepas mengadakan perbincangan tertutup dengan Thomas di Jabatan Peguam Negara di sini, semalam.

Thomas, 66, adalah  pegamal undang-undang pertama yang dilantik secara langsung daripada majlis peguam itu sebagai Peguam Negara bagi menggantikan Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Beliau mempunyai  lebih 40 tahun pengalaman dalam bidang perundangan.

Varughese berkata Majlis Peguam Malaysia juga mengemukakan cadangan kepada Thomas tentang penggabungan Yayasan Bantuan Guaman Negara dan Jabatan Bantuan Guaman bagi mewujudkan  bantuan  guaman yang dikawal selia oleh kerajaan  secara lebih komprehensif.

“Kami cadangkan penubuhan sebuah badan bersepadu untuk menyediakan bantuan guaman di negara ini,” katanya.

Related Articles

Leave a Reply