Home SemasaGlobal China pasang semula sistem peluru berpandu di Laut China Selatan.

China pasang semula sistem peluru berpandu di Laut China Selatan.

by M.Daim

BEIJING, 12 Jun – Sistem peluru berpandu pertahanan udara (SAM) China dilaporkan telah dipasang semula di Pulau Woody. Pada 3 Jun lalu, SAM tersebut dipercayai telah dibawa keluar berdasarkan imej satelit seperti mana dilaporkan sebelum ini.

Agensi CNN melaporkan, imej satelit bertarikh 8 Jun menunjukkan kehadiran semula SAM di Pulau Woody.

Analisis pertahanan Rand Corporation, Timothy Heath menyatakan kemungkinan sistem tersebut telah dialih untuk sementara waktu bagi tujuan penyelenggaraan berjadual terutamanya melibatkan operasi persenjataan di kawasan maritim.

Namun begitu, Amerika Syarikat bertegas kawasan perairan Laut China Selatan perlu terbuka kepada mana-mana pihak yang ingin berlayar di kawasan tersebut. Selain daripada itu, kehadiran kapal-kapal perang Amerika Syarikat di kawasan Laut China Selatan adalah untuk mencabar tuntutan China dengan menggunakan Hak Pelayaran Bebas (Freedom of Navigation Operations).

Related Articles

Leave a Reply