Home SemasaGlobal Jet pejuang generasi ke-6 China?

Jet pejuang generasi ke-6 China?

by M.Daim

BEIJING, 12 Jun – Kemunculan semula gambar-gambar yang didakwa sebagai sebuah jet pejuang baharu China telah menjadi tarikan para penganalisis pertahanan di Amerika Syarikat.

Jet pejuang yang dimaksudkan adalah “Black Sword”merupakan jet pejuang generasi ke-6 China dan dikatakan tidak mempunyai juruterbang. Ini sekaligus memperlihatkan China mula mengatasi ‘monopoli’teknologi kuasa udara yang seringkali dikuasai oleh Amerika Syarikat.

Lakaran konsep Dark Sword, atau lebih dikenali sebagai ” Anjian’.

Ketiadaan juruterbang pada jet pejuang tersebut dikatakan adalah berdasarkan keperluan jet pejuang generasi baharu mempunyai tahap kelincahan yang tinggi, yang mungkin menjangkaui keupayaan seseorang manusia.

Kelincahan di udara merupakan salah satu faktor kepada survival sesebuah jet pejuang khususnya apabila berlaku dogfight. Pada ketika ini, teknologi khusus seperti suit penerbangan dan topeng oksigen khusus dapat membantu seseorang juruterbang untuk mengendalikan jet pejuang generasi ke-4 hingga ke generasi ke-5.

Agensi Sputnik melaporkan bahawa adalah terlalu awal untuk menentukan Dark Sword tersebut adalah 100% tanpa pemandu.

Kelemahan utama sesebuah pesawat pemandu adalah peperangan elektronik yang boleh menganggu kawalan pesawat dari jarak jauh. Selain daripada itu, ianya turut terdedah kepada serangan siber.

Related Articles

Leave a Reply