Home Semasa Seri Paduka Baginda perkenan gaji, emolumen dipotong 10 peratus

Seri Paduka Baginda perkenan gaji, emolumen dipotong 10 peratus

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 12 Jun – Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V dilaporkan prihatin dengan hutang dan keadaan ekonomi negara pada masa kini.

Sehubungan itu, menurut Datuk Pengelola Bijaya Negara, Istana Negara, Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz, Seri Paduka bertitah perkenan agar peruntukan gaji dan emolumen baginda dikurangkan sebanyak 10 peratus.

“Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad amat prihatin terhadap hutang negara dan keadaan ekonomi negara.

“Baginda amat tersentuh dan menzahirkan ucapan penghargaan serta terima kasih kepada rakyat Malaysia yang telah bermurah hati menyumbang kepada Tabung Harapan Negara yang telah diwujudkan oleh kerajaan baru-baru ini.

“Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku juga ingin bersama rakyat menunaikan tanggungjawab baginda dengan bertitah perkenan agar peruntukan gaji dan emolumen baginda dikurangkan sebanyak 10 peratus sepanjang pemerintahan baginda sehingga tahun 2021,” kata Wan Ahmad dalam satu kenyataan media.

Seri Paduka juga bertitah untuk tidak mengadakan sambutan rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini di Istana Negara.

“Anggaran peruntukan kewangan untuk Majlis Rumah terbuka tersebut sepatutnya digunakan untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik,” titah baginda.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!