Nineveh, 6 Jun – Pasukan Tentera keselamatan telah memindahkan lebih daripada 100 anggota militan IS ke Baghdad untuk menjalani hukuman mati, menurut seorang polis semalam.
Bercakap kepada Alghad Press, polis Nineveh berkata, “150 anggota militan IS, yang dijatuhi hukuman mati yang dikeluarkan terhadap mereka, telah dipindahkan dari Nineveh ke Baghdad.”
Anggota militan IS, mengakui untuk menakut-nakutkan rakyat, menyertai militan IS, membunuh dan merompak sejak beberapa tahun kebelakangan ini,” menurut sumber.
“Memindahkan ahli kumoulan militan IS dan diikuiti dengan melaksanakan hukuman,” katanya sambil menambah bahawa “semua militan IS yang ditahan adalah warga Iraq.”
Kebanyakkan ahli militan IS yang ditahan adalah semasa pertempuran bagi membebaskan bandar yang di jajah oleh IS yang mana telah ditangkap semula oleh kumpulan militan pada tahun 2014.
Pada April lepas, Mahkamah Jenayah Pusat di Baghdad telah menjatuhkan hukuman mati terhadap lima militan wanita, dua daripadanya adalah daripada Azebaijani dan tiga yang lain dari Kyrgyzstan, atas penglibatan mereka dalam IS.
Namun hukuman hidup juga dikeluarkan terhadap lima banduan wanita, dua daripadanya adalah Rusia, satu Azerbaijan dan seorang warga Perancis.
Perdana Menteri Iraq Haider al-Abadi mengumumkan kemenangan terhadap kumpulan militan IS, sebelum ini pada bulan Disember, walaubagaimanapun, pemerhati memberi amaran bahawa kumpulan itu masih menimbulkan ancaman keselamatan secara senyap.