if ( function_exists( 'wp_body_open' ) ) { wp_body_open(); } else { do_action( 'wp_body_open' ); } ?>
Home Semasa Luar bandar tiada kaitan dengan kemiskinan – Rina

Luar bandar tiada kaitan dengan kemiskinan – Rina

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 20 Mei – Menteri Pembangunan Luar Bandar, Rina Mohd Harun bertekad untuk memberikan tumpuan untuk meningkatkan ekonomi dan kesejahteraan penduduk luar bandar.

Ahli Parlimen Titiwangsa itu komited untuk mengubah persepsi umum yang seringkali mengaitkan luar bandar dengan kemiskinan.

“Saya tidak mahu lagi apabila disebut sahaja luar bandar dikatakan miskin. Saya nak jadikan luar bandar terutamanya dari segi aktiviti ekonominya lebih rancak, lebih maju, begitu juga dengan kesejahteraan penduduk yang lebih baik,” katanya selepas merasmikan  Bazar Ramadan Kampung Baru 2018 semalam.

Menyentuh pelantikan beliau sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar, Rina sendiri masih terkejut dengan pelantikan beliau. Namun, beliau tetap komited untuk menggalas tugas tersebut.

“Pelantikan ini merupakan kepercayaan daripada pucuk pimpinan tertinggi dan ia datang dengan amanah yang besar. Saya berharap diberi peluang dan sokongan oleh semua rakyat,” katanya.

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?