SERIAN, 19 Mei – Pada jam 1230 tengahari semalam, 8 anggota tentera dari Batalion Ke-13 Rejimen Askar Melayu DiRaja (13 RAMD) telah melaksanakan ronda di Kawasan Am Tetangga Akrab, Daerah Serian di jarak lebih kurang 700m dari garis sempadan Malaysia-Indonesia.

Anggota 13 RAMD sedang memeriksa lori yang ditahan.
Pasukan ronda berkenaan dan telah berjaya mengesan dan menahan sebuah lori seberat 2 Tan bersama seorang pemandu dan penumpang.
Turut ditemui sejumlah 100 ekor ayam ditemui tanpa permit yang sah. Pihak tentera telah mengambil tindakan untuk menahan kesemua yang terbabit.
Hasil siasatan mendapati suspek yang rata-rata berumur 40 tahun berasal dari Indonesia tanpa sebarang dokumen perjalanan yang sah.
Dua orang PATI bersama barang-barang rampasan telah dirampas untuk diserahkan kepada Balai Polis Daerah Serian untuk tindakan selanjutnya.
Kesemua barang terbabit beranggaran lebih kurang RM 41,500.00.