Home SemasaGlobal 5 maut, 33 ditahan dalam operasi anti pengganas

5 maut, 33 ditahan dalam operasi anti pengganas

by M.Daim

JAKARTA, 18 Mei – Pasukan anti pengganas, Densus 88 telah menahan pelbagai saspek pengganas di beberapa lokasi. Sejumlah individu telah ditahan di Jawa Timur, Sumatera, Medan dan Riau. Penahanan tersebut adalah bagi membendung sebarang serangan terbaharu dari pasukan pengganas.

Ketua Polis Sumatera Utara, Paulus Waterpauw mengesahkan penahanan tersebut termasuk di Tanjung Balai yang menyaksikan seorang saspek maut manakala seorang lagi cedera.

Jakarta Post melaporkan Densus 88 turut menahan 2 saspek di Medan yang terdiri daripada pemandu teksi motorsikal dan penjual susu. Seorang lagi saspek pula berjaya melarikan diri.

Ketua Polis Republik Indonesia, Tito Karnavian menyatakan seramai 8 orang saspek militan ditahan di Riau. Antara dirampas adalah bendera hitam Da’esh dan sejumlah senjata.

Xinhua News turut melaporkan seramai 23 orang saspek militan telah ditahan.

Ketua Polis Jawa Timur, Machfud Arifin berkata, mana-mana individu yang terlibat dalam kegiatan pengganas dikehendaki menyerah diri atau diburu.

Tambah beliau, seramai 4 orang saspek pengganas maut dalam operasi.

Pada awal minggu ini, Indonesia telah digegarkan dengan serangan pengganas yang mensasarkan 3 gereja dan 2 ibu pejabat polis. Kejadian tersebut telah menyebabkan 30 orang maut termasuk 13 orang pengebom bunuh diri.

Pihak Polis Indonesia menyatakan serangan tersebut dikendalikan oleh Jemaah Ansharut Daulah (JAD) yang mempunyai kaitan dengan Da’esh.

 

Related Articles

Leave a Reply