Home Politik Tun Mahathir adalah yang terbaik – Anwar Ibrahim

Tun Mahathir adalah yang terbaik – Anwar Ibrahim

by Noor Sheila Amin

PETALING JAYA, 16 Mei – Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam ucapannya yakin dan percaya Pakatan Harapan yang diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri, adalah satu pasukan yang terbaik untuk membawa Malaysia ke arah hala tuju yang lebih baik untuk rakyat secara keseluruhannya.

Anwar yakin semua pemimpin tertinggi Pakatan Harapan mempunyai komitmen tinggi untuk membuat satu perubahan yang baik untuk negara.

Beliau yang berucap buat pertama kali selepas mendapat pengampunan penuh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V hari ini menegaskan beliau tidak mempunyai sebarang masalah dengan Dr Mahathir ketika pemerintahannya, beliau dimasukkan ke dalam penjara.

“Yang kamu sakit hati kami baik kenapa? Orang dulu masa kempen cukup marah, saya kena layan begitu teruk, kenapa baik semula.”

Beliau tidak pernah menyalahkan Dr Mahathir Mohamad tentang perkara lepas dan beliau menegaskan di dalam kenyataannya, “Kamu semua tak faham ukhwah, tak faham silaturrahim, orang nak baik dengan kita, kita kena baik balik. Tetapi kalau orang itu rompak kita, tindas rakyat, ambil duit 1MDB, yang itu kita janganlah baik,” katanya

Turut hadir di hadapan ribuan penyokong pada Himpunan Merdeka Rakyat di Padang Timur, malam ini adalah Tan Sri Muhyiddin Yassin, Lim Guan Eng, Nurul Izzah, Dr Wan Azizah, Rafizi Ramli, Mohamad Sabu dan Nik Nadzmi.

Related Articles

Leave a Reply