Home Semasa Serangan Siber Turut Sasar Panglima Angkatan Tentera dan Ketua Polis Negara

Serangan Siber Turut Sasar Panglima Angkatan Tentera dan Ketua Polis Negara

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 9 Mei – Serangan siber berbentuk gangguan komunikasi telah dikesan hari ini, ketika Pilihan Raya Umum ke-14 sedang berjalan. Ahli politik dan  beberapa pemimpin tertinggi kerajaan turut menerima tempias daripada serangan tersebut.

Serangan tersebut disahkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Fuzi Harun hari ini.

“Beberapa pemimpin tertinggi kerajaan termasuk  Panglima Angkatan Tentera, Ketua Setiausaha Negara, menerima panggilan misteri dari luar negara sejak malam tadi”.

Dalam kenyataan media Ketua Polis Negara, Tan Sri Fuzi menyifatkan serangan sebegini dilihat sebagai satu usaha oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mewujudkan ketidaktenteraman dengan niat untuk menjejaskan kelicinan proses pilihan raya.

Pihak PDRM akan berkerjasama dengan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menyiasat kejadian ini.

Sementara itu, SKMM turut mengesahkan pihak mereka menerima aduan pelbagai pihak mengenai gangguan panggilan telefon dari nombor yang tidak dikenali. Perkara tersebut telah disahkan melaui Siaran Media yang dikeluarkan  hari ini.

Menurut SKMM, pihak mereka telah menjalankan siasatan dan mendapati serangan tersebut dilakukan dengan menggunakan BOTS. Serangan tersebut mensasarkan pelbagai pihak tanpa mengira latar belakang dan parti.

SKMM turut menasihatkan semua pihak untuk tidak menjawab panggilan tersebut.

SKMM memberi amaran bahawa serangan sedemikian boleh menyebabkan gangguan pada sistem telekomunikasi disamping berkemungkinan menjadi mangsa eksploitasi.

Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Najib Razak telah mengutuk taktik “Panggilan Spam” yang jelas menganggu beberapa orang pemimpin BN. Beliau turut mengarahkan tindakan segera diambil.

Pada masa yang sama, Najib turut mendedahkan beberapa laman web yang dikendalikan oleh pihak Barisan Nasional gagal diakses.

Laman web Barisan Nasional turut tidak terlepas menjadi sasaran.

Difahamkan juga, serangan lain turut berlaku di alam maya apabila beberapa laman web yang dimiliki oleh beberapa parti politik telah menerima serangan DDOS.

Laman web Parti DAP, www.roketkini.com gagal diakses pada awal pagi tadi.

Laman web milik  DAP, Roketkini gagal diakses dan paparan amaran yang menyatakan laman tersebut mengalami serangan pengodam.  Begitu juga laman web Invoke.

Laman web Invoke Malaysia turut menerima kesan serangan siber di alam maya.

 

Selain daripada laman web kendalian parti, laman-laman web agensi kerajaan turut mengalami serangan yang sama.  Laman web Kementerian Dalam Negeri, SPRM dan Imigresen adalah antara yang terjejas.

Gagal dicapai – Laman web Kementerian Dalam Negeri di www.moha.gov.my gagal diakses.

 

Laman web SPRM turut menerima kesan serangan DDOS.

Portal Imigresen turut terjejas dan gagal diakses pada capaian umum.

Sebelum ini, pihak Air Times telah mengeluarkan laporan bahawa terdapat satu pihak yang mengugut untuk melancarkan serangan siber dalam masa terdekat. Individu bernama Daeng La Galigo yang mendakwa dirinya Bugis  Cyberarmy telah bersiap sedia untuk melancarkan serangan siber.

Kenyataan ugutan beliau telah dimuatnaik pada satu akaun Facebook.

Amaran yang disampaikan oleh individu yang bernama Daeng La Galigo kepada Tun Dr Mahathir di satu akaun Facebook.

 

Related Articles

Leave a Reply