Home PolitikPAS /PPBM / LAIN Dahulukan yang wajib dari yang sunat – Abdul Hadi sindir Tun M

Dahulukan yang wajib dari yang sunat – Abdul Hadi sindir Tun M

by Nurulhuda

TUMPAT, 7 Mei – Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyindir Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad yang merancang untuk menziarahi kubur bekas Mursyidul Am Pas Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pulau Melaka di sini, hari ini.

Abdul Hadi berkata bekas perdana menteri itu sepatutnya mengutamakan perkara wajib terlebih dahulu memandangkan amalan menziarahi kubur hanya perkara sunat.

“(Dr Mahathir perlu) balik kepada cara Islam, masalah sekarang tinggal yang wajib tetapi buat yang sunat.Dahulukan yang a

“Pergi ziarah (kubur) itu perkara sunat… kalau ada surat khabar tolong tulis, ziarah kubur itu sunat dan melantik pemimpin (daripada kalangan) orang Islam yang betul adalah wajib,” katanya ketika berucap pada ceramah umum Pilihan Raya Umum ke-14 di Wakaf Bharu di sini, malam tadi.

Turut hadir Menteri Besar Kelantan yang juga calon Pas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Pekan Datuk Ahmad Yakob.

Selain itu, Abdul Hadi berkata tindakan Dr Mahathir bersama DAP serta parti gabungan Islam liberal adalah perkara yang salah.

“Bersama DAP, bersama parti Islam yang liberal, tolak Islam dan tolak hadis itu tidak betul… balik kepada al-Quran dan hadis wajib,” katanya.

Rancangan Dr Mahathir untuk menziarahi kubur Allahyarham Nik Abdul Aziz hari ini terbantut apabila dihalang keluarga bekas menteri besar Kelantan itu.

Bermula kira-kira pukul 9 pagi, anak Allahyarham, Nik Adli bersama anggota keluarga serta sekumpulan penyokong PAS bertindak mengunci pagar tanah perkuburan tersebut. Pintu laluan masuk ke tanah perkuburan itu juga dihalang menggunakan sebuah lori.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!