Home PolitikPAS /PPBM / LAIN Presiden PKR tukar kerusi lagi jauh – Abdul Hadi

Presiden PKR tukar kerusi lagi jauh – Abdul Hadi

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 26 Apr – Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang beranggapan pertukaran kerusi antara calon PAS Kelantan sebagai perkara biasa malah turut berlaku dengan jarak lebih jauh oleh parti lawan.

Merujuk kepada perpindahan Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dari parlimen Pasir Mas ke Bachok katanya, ahli jawatankuasa PAS pusat itu turut mempunyai pengaruh dan sokongan di kedua-dua parlimen itu.

“Itu biasa, Nik Abduh ada sokongan di Pasir Mas dan Bachok, kita masih anggap beliau berpengaruh ada keluarga di kedua-dua kawasan’, ujar Abdul Hadi.

Datuk Seri Dr Wan Azizah calon PKR Parlimen Pandan

“Presiden PKR pun pindah lagi jauh dari tempat dia,” katanya merujuk kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang menjadi calon di Parlimen Pandan dan meninggalkan Permatang Pauh.

Abdul Hadi berkata demikian pada sidang media selepas majlis Pengisytiharan Calon PAS Kelantan PRU14 di Kota Bharu, malam semalam.

Mengulas mengenai senarai calon tersebut katanya ia dibuat dengan mengambil kira pengalaman selama lebih 20 tahun PAS memerintah negeri itu.

“Itu biasa, untuk mengukuhkan keadaan dan pengaruh rakyat.

“Yang digugurkan itu ada peranannya, gugur daripada calon, tidak semestinya gugur daripada peranan.

“Saya sebut tadi kehadiran (calon) teknokrat bukan setakat kepakaran, tetapi pengalaman yang ada pada calon itu diambil kira,” katanya.

Related Articles

Leave a Reply