Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Polis dedah gambar suspek pembunuh Dr Fadi – Air Times News Network
Home Semasa Polis dedah gambar suspek pembunuh Dr Fadi

Polis dedah gambar suspek pembunuh Dr Fadi

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 25 Apr –  Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengedarkan gambar sebenar salah seorang suspek yang menembak mati pensyarah Universiti Kuala Lumpur British Malaysia Institut (UniKL BMI), Dr Fadi M R AlBatsh Fatma dalam kejadian subuh, Sabtu lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dalam sidang media di Bukit Aman hari ini berkata, gambar sebenar itu berjaya diperoleh ekoran penemuan motosikal digunakan dua suspek berkenaan yang ditinggalkan berhampiran Tasik Danau Kota, semalam.

“Menerusi penemuan motosikal digunakan suspek yang ditinggalkan sejak Sabtu lalu di Tasik Danau Kota, iaitu selepas mereka menembak mati Fadi, PDRM berjaya mendapatkan gambar sebenar salah seorang suspek.

Suspek pembunuh Dr Fadi

“Kita percaya, kedua-dua suspek masih berada di negara ini dan kita berharap agar orang ramai yang melihat serta mempunyai maklumat mengenai mereka dapat menyalurkannya kepada polis,” katanya.

Mohamad Fuzi berkata, menerusi maklumat diterima, dua suspek berkenaan dipercayai masuk ke negara ini sejak penghujung Januari lalu menggunakan identiti palsu.

Malah, ketika ditanya sama ada suspek adalah ejen perisikan Mossad, beliau berkata polis tidak mempunyai maklumat mengenainya namun tidak menolak kemungkinan mereka terlatih dalam bidang ketenteraan.

“Berdasarkan maklumat yang diperoleh, dua suspek terbabit dipercayai masuk ke negara ini menggunakan identiti palsu.

“Malah, kita tidak menolak kemungkinan mereka mempunyai kemahiran dalam ketenteraan,” katanya.

Menurut Mohamad Fuzi, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai dua suspek berkenaan boleh menghubungi pegawai penyiasat Asisten Superintendan Shahrizal Salleh di talian 017-7134705 atau menghubungi mana-mana balai polis terdekat.

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?