Home PolitikPAS /PPBM / LAIN Radhi Mat Din calon PAS Parlimen Pokok Sena

Radhi Mat Din calon PAS Parlimen Pokok Sena

by Air Times News Network

ALOR SETAR, 15 Apr – Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Radhi Mat Din diumumkan sebagai calon PAS bagi Parlimen Pokok Sena pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Radhi, 53, antara dua muka baharu yang diumumkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada program ceramah Gelombang Hijau Kedah PRU-14 di Markas PAS Cawangan Alor Ibus di sini malam tadi.

Radhi dijangka bertembung dengan bekas Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yang akan mempertahankan kerusi Parlimen Pokok Sena di atas tiket Parti Amanah Negara (PAN).

Seorang lagi muka baharu, ahli farmasi, Muhamad Riduan Mohd Othman, 43, diumumkan sebagai calon Parlimen Kuala Kedah.

PAS turut mengumumkan Pesuruhjaya PAS Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurrazi sebagai calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kundur.

Related Articles

Leave a Reply