New York, 13 Apr – Jurucakap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Stephane Dujarricmemaklumkan PBB akan mengadakan lawatan ke Myanmar, Bangladesh dan Iraq pada bulan ini untuk melihat kesan krisis pelarian Rohingya dan menjelang pilihan raya Iraq.
Beliau berkata, semua 15 ahli majlis dewan akan mengadakan lawatan bermula 26 April hingga 2 Mei tahun ini.
Hampir 700,000 Rohingya diusir keluar dari negeri Rakhine dan tinggal di kem pelarian yang sesak di Bangladesh sejak operasi kekerasan tentera Myanmar pada Ogos tahun lalu.
Selepas majlis mencadangakan lawatan diadakan pada Februari lalu, kerajaan Myanmar memberi alasan ia bukan waktu yang sesuai tetpai kemudian memberi lampu hijau bulan ini.
Pihak berkuasa Myanmar berkata operasi di negeri Rakhine bertujuan untuk menjejaki pelampau tetapi Majlis Keselamatan menuntut etnik Rohingya dibenarkan kembali ke rumah mereka secara selamat.
Sementara itu, pada 12 Mei depan majlis bakal melakukan lawatan ke Iraq, ia digambarkan sebagai tanda sokongan menjelang perhimpunan pilihan raya wilayah dan Parlimen.