Home Politik Dun Negeri Sembilan bubar esok

Dun Negeri Sembilan bubar esok

by M.Daim

SEREMBAN, 6 Apr – Dun Negeri Sembilan penggal ke-13 dibubarkan berkuat kuasa esok, bagi membolehkan proses PRU14 diadakan.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pembubaran itu dibuat setelah mendapat mandat dan perkenan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir petang tadi.

Mohamad berkata, beliau telah menghadap Yang Dipertuan Besar Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, bagi memaklumkan untuk pembubaran Dun kira-kira jam 5 petang tadi.

“Setelah bubarnya Dun berkuat kuasa Sabtu esok, maka dengan ini tiada lagi kerajaan negeri BN, yang hanya ada adalah kerajaan sementara yang akan diketuai oleh saya selaku Menteri Besar bersama barisan exco yang lain.

“Wakil rakyat atau YB semua sudah tidak ada lagi, sehinggalah selepas hari mengundi nanti,” katanya pada sidang media khas di Wisma Negeri tadi.

Katanya, kerajaan sementara itu tidak akan membuat keputusan besar dan hanya meneruskan apa yang telah dilaksanakan sebelum ini selain mengurus soal kebajikan rakyat dan penjawat awam.

Pada 5 Mei 2013, BN Negeri Sembilan telah membentuk kerajaan negeri dengan memiliki 22 kerusi, manakala 14 kerusi milik Pakatan Rakyat, DAP memenangi 11 kerusi dan PKR (3).

Related Articles

Leave a Reply