Home PolitikBarisan Nasional Janji Pakatan Harapan tidak ada mengandungi apa-apa – Najib

Janji Pakatan Harapan tidak ada mengandungi apa-apa – Najib

by M.Daim

Kuala Lumpur, 31 Mac – Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib telah meneliti manifsto Pakatan Harapan. Dalam kenyataan beliau yang dibuat semalam, Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional tertarik dengan Janji 30 dari Manifesto Harapan.

Janji yang dimaksudkan oleh beliau adalah ‘Janji 30: Memajukan ekonomi Bumiputera dan semua rakyat berbilang bangsa’. Menurut beliau, Janji 30 hanya satu-satunya janji yang menyentuh ekonomi Bumiputera.

Dalam kenyataan tersebut, beliau mendapati janji yang dinyatakan oleh Pakatan Harapan tidak ada mengandungi apa-apa peruntukan yang jelas untuk menegakkan dan memperkukuhkan pembangunan ekonomi Bumiputera secara menyeluruh mahupun tegas.

“Paling kuat tuan-tuan dan puan-puan, mereka hanya berjanji membentangkan laporan di Parlimen mengenai jumlah pegangan ekuiti Melayu dan Bumiputera. Itu sahaja. Apa yang kaum Bumiputera dapat dari perbuatan ini?”

Dato’ Seri Najib Razak

Dato’ Seri Najib turut menegaskan, lain-lain perkara dalam janji tersebut telah pun dilakukan oleh pihak Barisan Nasional. Beliau menyifatkan, janji 30 oleh Pakatan Harapan mencerminkan bahawa pihak Pakatan Harapan memandang mudah Agenda Bumiputera.

Janji 30: Memajukan ekonomi Bumiputera dan semua rakyat berbilang bangsa merupakan salah satu daripada 60 janji yang terkandung dalam Manifesto Pakatan Harapan, Buku Harapan. Manifesto Pakatan Harapan telah dilancarkan oleh Pakatan Harapan di Shah Alam pada 8 Mac 2018 lalu.

Related Articles

Leave a Reply