Home PolitikPakatan Harapan Pemimpin MIC, MCA, Gerakan bacul dan pengecut biar UMNO kuasai kabinet – Manivannan

Pemimpin MIC, MCA, Gerakan bacul dan pengecut biar UMNO kuasai kabinet – Manivannan

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 30 Mac – Dewan Rakyat telah meluluskan usul kajian semula persempadanan kawasan pilihan raya bagi Semenanjung Malaysia yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 28 Mac lalu di Parlimen.

Ahli Parlimen Kapar, G. Manivannan berkata kegagalan MIC, MCA dan Gerakan gagal untuk membawa isu persempadanan ini ke dalam perbincangan semasa dalam kabinet membiarkan UMNO menguasai keseluruhan parlimen-parlimen yang mereka akan menangi.

‘Dilihat UMNO mengabaikan calon-calon yang akan diketengahkan oleh MIC, MCA dan Gerakan’.

‘Ini saya rasa satu sikap bacul pemimpin-pemimpin MIC, MCA dan Gerakan yang tidak tegas lawan untuk pertahankan kerusi-kerusi yang sepatutnya mereka mempertahankan, lepaskan tangan kepada UMNO adalah sikap yang pengecut dan tidak berani berdepan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di kabinet mahupun dalam mesyuarat yang membawa isu-isu seperti ini’, ujar beliau.

Dalam persempadanan semula SPR telah mengesyorkan perubahan nama pada 12 kerusi Parlimen dan 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Tanah Melayu.

Usul itu juga mengesyorkan tiada perubahan bilangan kerusi Parlimen dan DUN di Tanah Melayu, menjadikan bilangan kerusi Parlimen pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) kekal 222 kerusi dan kerusi DUN keseluruhannya kekal 587 kerusi.

Related Articles

Leave a Reply