Home SemasaGlobal Bersatu menentang Rusia – Theresa May

Bersatu menentang Rusia – Theresa May

by Noor Sheila Amin

London, 22 Mac – Perdana Menteri Britain, Theresa May mendesak pemimpin Kesatuan Eropah (EU) untuk bersatu bagi menentang ancaman Russia yang dijangka berterusan selama beberapa tahun, berikutan serangan agen saraf di Britain.

Dalam sidang kemuncak EU di Brussels, May berkata, cubaan membunuh Sergei Skripal di Salisbury boleh berlaku di mana sahaja dan beliau mendakwa Russia bertanggungjawab terhadap insiden itu.

“Cabaran daripada Russia adalah antara yang perlu kita hadapi untuk tempoh beberapa tahun akan datang,” kata pejabat May mengenai ucapan yang bakal disampaikan oleh perdana menteri itu kepada pemimpin EU.

May juga dijangka memaklumkan UK akan terus mempertahankan sistem demokrasi yang menjadi pegangan masyarakat Eropah dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) akan bersama-sama menentang ancaman ini. Bersatu kita akan berjaya”.

Related Articles

Leave a Reply