Home PolitikBarisan Nasional Manifesto PH-Tiru BN : Khairy

Manifesto PH-Tiru BN : Khairy

by Nurulhuda

Kuala Lumpur, 10 Mac-Manifesto Pakatan Harapan (HARAPAN) yang dilancarkan hanya membuang masa. Demikian kenyataan Ketua Pemuda UMNO, YB Khairy Jamaluddin pada hari Manifesto Pakatan Harapan dilancarkan.

Kenyataan Khairy yang disiarkan di Portal Barisan Nasional menunjukkan HARAPAN masih tidak berubah dengan hanya menjual janji manis selain meniru inisiatif yang telah dijalankan kerajaan BN.

Beliau menyatakan perlaksanaan janji-janji oleh BN merupakan perbezaan antara BN dengan Pakatan Harapan. Menurut kenyataan yang disiarkan pada 8 Mac lalu, beliau menekankan bahawa Pakatan Harapan hanya mampu untuk berjanji sahaja.

Naib Ketua Pemuda UMNO, Senator Khairul Azwan Harun, berkata manifesto Pakatan Harapan hanya membazirkan masa kerana masih tidak berubah dengan ‘menjual’ janji manis kepada rakyat.

Manifesto Pakatan Harapan untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) turut disifatkan sebagai tidak realistik, memberi harapan palsu dan meniru inisiatif yang diperkenalkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Pelancaran Manifesto Pakatan Harapan pada 8 Mac 18 di Shah Alam

Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin, berkata manifesto PH tidak ubah umpama ‘Janji PH untuk memperbetulkan kesilapan legasi zaman Tun Dr Mahathir Mohamad’. Secara tidak langsung, Manifesto Pakatan Harapan yang diperjuangkan ini hanya sebagai ulangan terhadap garis panduan yang sedang dan akan dilaksanakan oleh kerajaan sedia ada.

Sebagai contoh, manifesto HARAPAN turut menyentuh isu hutang Felda dan pelbagai inisiatif untuk mengurangkan hutang Felda. Pada Julai 2017, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan 6 insentif untuk peneroka dan warga Felda antaranya dalam bentuk pelupusan hutang, bayaran insentif, kewujudan dana khas dan geran khas serta insentif perumahan.

Related Articles

Leave a Reply