Home Semasa Cabul: Bapa dibebaskan, kesan kemerahan di kemaluan bayi hanya ruam

Cabul: Bapa dibebaskan, kesan kemerahan di kemaluan bayi hanya ruam

by Air Times News Network

KUALA TERENGGANU, 17 Feb – Lelaki yang ditahan apabila disyaki mencabul bayi perempuannya berusia 12 bulan dibebaskan selepas siasatan mendapati kesan kemerahan pada kemaluan mangsa adalah hanya ruam.

Lelaki berusia 36 tahun dan bekerja sebagai buruh itu dibebaskan semalam sebaik tempoh reman selama empat hari untuk siasatan selanjutnya mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul berakhir.

Menurut sumber, hasil pemeriksaan dijalankan di hospital mendapati kesan kemerahan pada kemaluan mangsa adalah ruam sahaja dan bukannya kesan dicabul seperti didakwa ibu mangsa berusia 28 tahun sebelum ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abd Rafar ketika dihubungi mengesahkan pembebasan lelaki itu.

Katanya, lelaki tersebut dibebaskan sejurus pengesahan oleh pakar perubatan diterima yang mengesahkan tiada kesan cabul terhadap mangsa.

Sebelum ini, akhbar melaporkan seorang buruh ditahan apabila disyaki mencabul bayi perempuannya yang berusia 12 bulan di Manir, di sini.

Mangsa dijaga secara bergilir-gilir oleh ibu bapanya kerana pasangan tersebut dalam proses penceraian.

Related Articles

Leave a Reply