KUANTAN, 13 Feb – PKR kini sedang merancang strategi terbaik bagi membolehkan parti itu meraih undi seterusnya menang bersama rakan Pakatan Harapan dalam PRU14.
[blockquote align=”none” author=”Adun Semambu, Lee Chean Chung”]Bagaimanapun tidak menjelaskan secara terperinci strategi yang akan digunakan bagi menawan hari rakyat di negeri ini [/blockquote]
Menurutnya, namun fokus utama adalah dengan mendekati rakyat secara dekat menerusi program kemasyarakatan yang dianjurkan oleh PKR.
“Selama ini kita banyak berkhidmat tetapi kurang kepada publisiti. Justeru kita akan pergiatkan aspek itu,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.
Satu bengkel Pengurusan Hari Mengundi telah diadakan dan disempurnakan oleh Pengarah Jawatankuasa Pilihan raya PKR Pahang, Adnan Abu di Pejabat Dun Semambu di sini.
Seramai 50 ahli PKR dari Rompin, Kuantan, Indera Mahkota, Paya Besar dan Maran menghadiri bengkel tersebut.
Chean Chung yang juga Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan pusat berkata, bengkel itu juga merupakan satu usaha memperlengkapkan ahli PKR dengan isu yang perlu dibawa kepada rakyat sebelum pilihan raya.
“Bengkel ini adalah inisiatif yang kita ambil bagi mendedahkan peserta isu utama yang mereka perlu kuasai dan bagaimana cara terbaik mendekati rakyat,” katanya.