Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat 11 RAMD gagalkan aktiviti PATI di perbatasan

11 RAMD gagalkan aktiviti PATI di perbatasan

by M.Daim

SERIKIN, 13 Feb – Tentera Darat sekali lagi berjaya mematahkan aktiviti jenayah rentas sempadan di kawasan sempadan Malaysia/Indonesia apabila dua buah motorsikal curi berjaya dihalang memasuki ke Indonesia. Jurucakap Divisyen Pertama Infantri Malaysia memaklumkan nilai rampasan adalah kira-kira RM 5,000.

Kumpulan Tinjau dari Battalion Kesebelas Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) telah melaksanakan rondaan semenjak dinihari semalam berhadapan dengan dua buah motorsikal yang bergerak dari arah Malaysia menuju ke sempadan. Pada ketika itu, motorsikal tersebut berada dalam kedudukan 400 meter ke kawasan sempadan.

Menyedari niat kedua-dua lelaki bermotorsikal tersebut, pasukan tentera bertindak mengejar kedua-dua saspek. Adegan kejar-mengejar berakhir apabila kedua-dua saspek berjaya meloloskan diri. Salah seorang daripada saspek bertindak melompat dari motorsikalnya dan manakala sebuah lagi bertindak memecut lari dengan motorsikal yang ditunggang.

Tidak berputus asa, Kumpulan Tinjau yang telah melaksanakan rondaan semenjak dinihari meneruskan usaha mereka untuk menjejak saspek. Hasil daripada usaha menjejak tersebut, sebuah lagi motorsikal telah berjaya ditemui.

Hasil pemeriksaan yang dibuat oleh kumpulan ronda yang diketuai oleh Mejar Noor Azmeer bin Mat Sani, kedua-dua motorsikal yang ditemui disyaki motorsikal curi dengan melihat kesan cungkil. Menurut jurucakap Divisyen Pertama Infantri Malaysia, pihak Polis IPD Bau telah mengesahkan kedua-dua motorsikal Honda Wave CX menggunakan nombor pendaftaran palsu dan merupakan motorsikal curi.

Segala barang rampasan termasuk sebiji ekzos motorsikal telah diserahkan kepada pihak Polis IPD Bau untuk tindakan selanjutnya.

Related Articles

Leave a Reply