BBC melaporkan, jurucakap kumpulan Friends of the Coast of Sidon, Kamel Kozbar berkata, langkah membuang kereta kebal lama itu boleh menarik pelancong ke negara ini, selain dapat dijadikan tukun kepada hidupan marin.

“Saya berharap tidak lama lagi kesemua kereta kebal tersebut akan dilitupi dengan rumpai laut, sekali gus mewujudkan satu taman laut yang unik kepada kumpulan penyelam dan juga sebagai tukun baharu,” katanya. – AGENSI